Ahad, 20 Januari 2013

Video : Iklan Anti Merokok yang terbaik di dunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


 



Ini adalah Sebuah video iklan anti-merokok di Thailand menerima banyak pujian setelah dimuat ke laman web Youtube. Dalam video itu diperlihatkan dua anak kecil berpura-pura meminjam mancis buat menyalakan rokok tapi ditolak mentah-mentah oleh para perokok dewasa.

Sejak dimuat pada 21 Jun lalu oleh pemilik akaun EyadAlasibi, video itu sudah disemak lebih dari dua juta orang. Tercatat 18 ribu orang lebih menyukai isi tayangan itu dan yang menuliskan pendapat dalam kolom komentar hampir dua ribu orang.

Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Di awal terlihat beberapa perokok dewasa sedang asyik merokok. Mereka tidak sedar sedang diambil gambar lantaran dilakukan dengan kamera tersembunyi.

Tiba-tiba saat sedang asyik mengepulkan asap kenikmatan, masing-masing perokok di tempat berbeza itu didatangi kanak-kanak, satu lelaki dan perempuan. Perokok dewasa, lelaki dan perempuan, terkejut ketika si budak hendak meminjam maancus sambil mengeluarkan sebatang rokok.

Lucunya para perokok dewasa itu tidak mahu meminjamkan mancis kepada para budak itu. Bahkan dalam salah satu adegan, seorang perokok wanita mengatakan hal itu tidak baik untuk kesihatan dan menyuruh kanak-kanak itu berhenti merokok. Ada salah satu perokok lelaki sempat menceramahi budak itu jika kegiatan merokok itu boleh menyebabkan kanser, emfisema, stroke, dan lain-lain.

Saat asyik menceramahi, tiba-tiba para budak itu balik bertanya, “Jadi kenapa anda merokok?” Langsung saja para perokok dewasa itu tidak terkata menghadapi soalan itu. Sejurus kemudian, anak lelaki dan perempuan itu menyodorkan sebuah kertas mengandungi kalimat berbunyi, ‘anda peduli dengan saya. Lalu kenapa anda tidak peduli dengan diri anda? Ingatkan diri anda adalah langkah yang paling berkesan buat berhenti merokok. ‘Setelah kedua-dua anak kecil itu meninggalkan masing-masing perokok, mereka pun terdiam. Ekspresi wajah mereka berbeza-beza. Ada yang terkejut, terdiam, menggaru kepala, dan langsung memasukkan kertas itu terus ke saku seluar. - mynewshub  
  

P/S KAMI TIDAK MEROKOK.. ANDA BAGAIMANA PULA? MEROKOK MEMUDARATKAN KESIHATAN ANDA. FIKIR - FIKIR DAN FIKIRKANLAH KESANNYA TERHADAP ANDA DAN ORANG DI SEKELILING ANDA.

Selasa, 15 Januari 2013

Permulaan Hidup Baik Atau Sebaliknya?

[ Bismillah ]

Salam perkenalan buat anda yang membaca, ini adalah halaman pertama saya dalam coretan ini. So tak banyak saya nak sampaikan kat sini. Berbalik kepada tajuk permulaan. Saya nak sentuh tentang cerita permulaan kita sebagai manusia.

 Dari mula dilahirkan dan seterusnya perjalanan - perjalanan yang hendak ditempuh selepas itu. Adakah baik atau sebaliknya?







Tapi!! sejak akhir - akhir ni... macam2 perkara yang  berlaku kepada manusia sebelum sempat melangkah ke alam kanak - kanak mahupun remaja ataupun dewasa. 1.Seperti Kes Buang Bayi .Dinampakkan kejadian ini sering berlaku sehingga kita sudah naik lali dengan kejadian ini. Kemanakah perginya nilai kemanusiaan yang ada pada diri?? Mengapakah ia sering terjadi?



2.Bayi mati tersedak susu atau sebagainya. Jika diperhatikan  sudut masalah ini apakah pula tanggapan anda?? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan??


Jika kita perbandingkan kepada 2 kes diatas, adalah dua perkara berbeza, diatas pelaku yang melakukannya.. Masalah buang bayi ini bagi kami adalah disebabkan kebodohan si pelaku. Dan kejadian bayi mati tersedak di atas kecuaian penjaga.

So kat sini saya nak kongsikan tip2 supaya bagi mengelakkan kebodohan diatas..
SUPAYA KITA HENDAKLAH TINGKATKAN ILMU,PEGANGAN, DAN MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG BERPANDUAN.

kecuaian diatas:-
SUPAYA PENJAGA BAYI PANDAI MEMILIH PENGASUH YANG MEMPUNYAI PANDUAN.
- disitu anda boleh nilai sejauh mana pegangan pengasuh bayi anda. dari segi persekitaran dan kebersihan rumahnya.
- keteraturannya dalam menguruskan rumahnya.
-Tutur katanya yang baik.
- Sikapnya dalam menguruskan anak - anaknya.
- Pandangan jiran tetangga tentangnya.
to tentang pengasuh tapi kalau ibunya sendiri yang mengasuh... faham2 sendiri la ea... sebab anak sendiri anda patut tahu bagaimana nak jaga dan didik anak anda. Sekian Untuk coretan petama ini. Selamat!!!