Jumaat, 1 Februari 2013

Tips & Proses Pembelian Rumah Lelong

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Salam Sejahtera. 
Sebenarnya proses lelongan dari awal hinggalah kita disahkan sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah yang baru adalah mudah tetapi!!! disebalik kemudahan itu ada perkara yang menyakitkan bagi yang tidak mengetahui realiti sebenar proses ini. 

So dalam cacatan ini, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya dengan ringkas dalam melalui proses ini.
Sebelum terlupa, jenis hartanah yang saya beli ini adalah Jenis Apartment.



1. A. Sebelum Tarikh Lelong
  1. Dapatkan lokasi rumah dan pergi.
  2. Perhatikan betul - betul  sendiri rumah yang hendak dilelong. ( keadaan luar dan dalaman )
  3. Buat Anggarkan kos yg terlibat untuk baik pulih. ( cth:- Rm 2000- 5000,  bergantung kos semasa )
  4. Buat carian hak milik di pejabat tanah. ( Selalunya kat sini pun kita akan dicaj lawyer untuk tujuan ini )
  5. Semak tunggakan bil maintenance, bil air, bil elektrik,cukai taksiran,  indah water. ( Tidak semua jenis bank yang akan menanggung kos tertunggak sebelum kita menang bidaan. - So kat sini pembeli kena standby duit untuk pembayaran bil ini - Bergantung pada bill - bagi pengalaman saya,  Bill Maintainance : RM3486.00, Cukai Taksiran : RM548.00.. belum bill yang lain2 lagi.)
  6. Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah daripada agen pelelong. (Segala syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan ada dalam surat tersebut- Cth: Tempoh penyelesaian selepas memenangi bidaan baki ada yang 90 hari, 120hari dan lain2).
  7. Sediakan bank draf 10% daripada harga rizab rumah. (Pastikan tiada kesalahan ejaan pada bank draf- Jika harga rumah 50k- sediakanlah 5k).
  8. Semak kelayakan pinjaman bank anda. (Jika mahu membuat pinjaman dari bank)

B. Semasa Lelongan
  1. Datang awal sebelum waktu lelongan.
  2. Bawa kad pengenalan asal
  3. Bawa bank draf
  4. Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
  5. Letakkan HAD harga bidaan iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi had tersebut, tarik diri dari membida.
  6. Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.
Contoh:
* harga rezab: RM50,000
* bank draf: RM5,000
* harga rumah selepas menang lelong: RM58,000
* 10% x RM58,000 = RM 5,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM5800 – RM5000 = RM800

C. Selepas lelongan

  1. Mohon pinjaman (jika tiada tunai)
  2. Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yg sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik.
  3. Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
  4. Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri.
  5. Selepas penukaran hak milik selesai, rumah telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan rumah tersebut .

Tips membeli rumah lelong:
  1. Cuba elakkan membeli rumah lelong yang ada penghuni asal. (Jika mahkamah lelong tiada masalah)
  2. Semasa tarikh lelongan, anda masih boleh tawar menawar dengan pembida lain sebelum waktu lelongan.
  3. Anda boleh baca mengenai maklumat rumah dan syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan di dalam surat pengisytiharan lelong. ( Juga pastikan syarat - syarat yang berkaitan dengan lembaga perumahan tempatan).
  4. Pastikan harga rumah lelong di bawah nilai harga pasaran.
  5. Pastikan bajet duit tunai anda mencukupi untuk setiap proses. Ini adalah contoh bagi rumah yang telah memenangi bidaan. Harga Rumah : RM50,000

    1. Bank Darf::- 10% :   RM5000
    2. Duti Setem:-             RM100
    3. Caj Guaman SnP :-  RM2000 
    4. Caj Guaman Loan:- RM1199
    5. Bill Maintainance :-  RM3486 
    6. Cukai Taksiran :-     RM554  

Jadi jumlahnya :- RM12,339.00 itu belum kos baiki rumah ,perjalanan, telefon sana sini, dan sebagainya.
Peringatan!!!! 
Setiap yang saya senaraikan itu hendaklah dibayar dahulu bagi mengelakkan setiap proses ditahan oleh pihak - pihak  yang terlibat.. Jika lewat untuk membuat bayaran rumah kita akan dilelong semula. Supaya akan tidak rasa tertindas. Sekian selamat berjaya.

Ahad, 20 Januari 2013

Video : Iklan Anti Merokok yang terbaik di dunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


 



Ini adalah Sebuah video iklan anti-merokok di Thailand menerima banyak pujian setelah dimuat ke laman web Youtube. Dalam video itu diperlihatkan dua anak kecil berpura-pura meminjam mancis buat menyalakan rokok tapi ditolak mentah-mentah oleh para perokok dewasa.

Sejak dimuat pada 21 Jun lalu oleh pemilik akaun EyadAlasibi, video itu sudah disemak lebih dari dua juta orang. Tercatat 18 ribu orang lebih menyukai isi tayangan itu dan yang menuliskan pendapat dalam kolom komentar hampir dua ribu orang.

Tayangan video berjudul Smoking Kid dibuat oleh Yayasan Promosi Kesihatan Thailand. Di awal terlihat beberapa perokok dewasa sedang asyik merokok. Mereka tidak sedar sedang diambil gambar lantaran dilakukan dengan kamera tersembunyi.

Tiba-tiba saat sedang asyik mengepulkan asap kenikmatan, masing-masing perokok di tempat berbeza itu didatangi kanak-kanak, satu lelaki dan perempuan. Perokok dewasa, lelaki dan perempuan, terkejut ketika si budak hendak meminjam maancus sambil mengeluarkan sebatang rokok.

Lucunya para perokok dewasa itu tidak mahu meminjamkan mancis kepada para budak itu. Bahkan dalam salah satu adegan, seorang perokok wanita mengatakan hal itu tidak baik untuk kesihatan dan menyuruh kanak-kanak itu berhenti merokok. Ada salah satu perokok lelaki sempat menceramahi budak itu jika kegiatan merokok itu boleh menyebabkan kanser, emfisema, stroke, dan lain-lain.

Saat asyik menceramahi, tiba-tiba para budak itu balik bertanya, “Jadi kenapa anda merokok?” Langsung saja para perokok dewasa itu tidak terkata menghadapi soalan itu. Sejurus kemudian, anak lelaki dan perempuan itu menyodorkan sebuah kertas mengandungi kalimat berbunyi, ‘anda peduli dengan saya. Lalu kenapa anda tidak peduli dengan diri anda? Ingatkan diri anda adalah langkah yang paling berkesan buat berhenti merokok. ‘Setelah kedua-dua anak kecil itu meninggalkan masing-masing perokok, mereka pun terdiam. Ekspresi wajah mereka berbeza-beza. Ada yang terkejut, terdiam, menggaru kepala, dan langsung memasukkan kertas itu terus ke saku seluar. - mynewshub  
  

P/S KAMI TIDAK MEROKOK.. ANDA BAGAIMANA PULA? MEROKOK MEMUDARATKAN KESIHATAN ANDA. FIKIR - FIKIR DAN FIKIRKANLAH KESANNYA TERHADAP ANDA DAN ORANG DI SEKELILING ANDA.

Selasa, 15 Januari 2013

Permulaan Hidup Baik Atau Sebaliknya?

[ Bismillah ]

Salam perkenalan buat anda yang membaca, ini adalah halaman pertama saya dalam coretan ini. So tak banyak saya nak sampaikan kat sini. Berbalik kepada tajuk permulaan. Saya nak sentuh tentang cerita permulaan kita sebagai manusia.

 Dari mula dilahirkan dan seterusnya perjalanan - perjalanan yang hendak ditempuh selepas itu. Adakah baik atau sebaliknya?







Tapi!! sejak akhir - akhir ni... macam2 perkara yang  berlaku kepada manusia sebelum sempat melangkah ke alam kanak - kanak mahupun remaja ataupun dewasa. 1.Seperti Kes Buang Bayi .Dinampakkan kejadian ini sering berlaku sehingga kita sudah naik lali dengan kejadian ini. Kemanakah perginya nilai kemanusiaan yang ada pada diri?? Mengapakah ia sering terjadi?



2.Bayi mati tersedak susu atau sebagainya. Jika diperhatikan  sudut masalah ini apakah pula tanggapan anda?? Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan??


Jika kita perbandingkan kepada 2 kes diatas, adalah dua perkara berbeza, diatas pelaku yang melakukannya.. Masalah buang bayi ini bagi kami adalah disebabkan kebodohan si pelaku. Dan kejadian bayi mati tersedak di atas kecuaian penjaga.

So kat sini saya nak kongsikan tip2 supaya bagi mengelakkan kebodohan diatas..
SUPAYA KITA HENDAKLAH TINGKATKAN ILMU,PEGANGAN, DAN MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG BERPANDUAN.

kecuaian diatas:-
SUPAYA PENJAGA BAYI PANDAI MEMILIH PENGASUH YANG MEMPUNYAI PANDUAN.
- disitu anda boleh nilai sejauh mana pegangan pengasuh bayi anda. dari segi persekitaran dan kebersihan rumahnya.
- keteraturannya dalam menguruskan rumahnya.
-Tutur katanya yang baik.
- Sikapnya dalam menguruskan anak - anaknya.
- Pandangan jiran tetangga tentangnya.
to tentang pengasuh tapi kalau ibunya sendiri yang mengasuh... faham2 sendiri la ea... sebab anak sendiri anda patut tahu bagaimana nak jaga dan didik anak anda. Sekian Untuk coretan petama ini. Selamat!!!