Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam Sejahtera.
Sebenarnya proses lelongan dari awal hinggalah kita disahkan sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah yang baru adalah mudah tetapi!!! disebalik kemudahan itu ada perkara yang menyakitkan bagi yang tidak mengetahui realiti sebenar proses ini.
So dalam cacatan ini, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya dengan ringkas dalam melalui proses ini.
Sebelum terlupa, jenis hartanah yang saya beli ini adalah Jenis Apartment.
1. A. Sebelum Tarikh Lelong
- Dapatkan lokasi rumah dan pergi.
- Perhatikan betul - betul sendiri rumah yang hendak dilelong. ( keadaan luar dan dalaman )
- Buat Anggarkan kos yg terlibat untuk baik pulih. ( cth:- Rm 2000- 5000, bergantung kos semasa )
- Buat carian hak milik di pejabat tanah. ( Selalunya kat sini pun kita akan dicaj lawyer untuk tujuan ini )
- Semak tunggakan bil maintenance, bil air, bil elektrik,cukai taksiran, indah water. ( Tidak semua jenis bank yang akan menanggung kos tertunggak sebelum kita menang bidaan. - So kat sini pembeli kena standby duit untuk pembayaran bil ini - Bergantung pada bill - bagi pengalaman saya, Bill Maintainance : RM3486.00, Cukai Taksiran : RM548.00.. belum bill yang lain2 lagi.)
- Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah daripada agen pelelong. (Segala syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan ada dalam surat tersebut- Cth: Tempoh penyelesaian selepas memenangi bidaan baki ada yang 90 hari, 120hari dan lain2).
- Sediakan bank draf 10% daripada harga rizab rumah. (Pastikan tiada kesalahan ejaan pada bank draf- Jika harga rumah 50k- sediakanlah 5k).
- Semak kelayakan pinjaman bank anda. (Jika mahu membuat pinjaman dari bank)
B. Semasa Lelongan
- Datang awal sebelum waktu lelongan.
- Bawa kad pengenalan asal
- Bawa bank draf
- Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
- Letakkan HAD harga bidaan iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi had tersebut, tarik diri dari membida.
- Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.
Contoh:
* harga rezab: RM50,000
* bank draf: RM5,000
* harga rezab: RM50,000
* bank draf: RM5,000
* harga rumah selepas menang lelong: RM58,000
* 10% x RM58,000 = RM 5,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM5800 – RM5000 = RM800
* 10% x RM58,000 = RM 5,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM5800 – RM5000 = RM800
C. Selepas lelongan
- Mohon pinjaman (jika tiada tunai)
- Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yg sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik.
- Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
- Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri.
- Selepas penukaran hak milik selesai, rumah telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan rumah tersebut .
Tips membeli rumah lelong:
- Cuba elakkan membeli rumah lelong yang ada penghuni asal. (Jika mahkamah lelong tiada masalah)
- Semasa tarikh lelongan, anda masih boleh tawar menawar dengan pembida lain sebelum waktu lelongan.
- Anda boleh baca mengenai maklumat rumah dan syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan di dalam surat pengisytiharan lelong. ( Juga pastikan syarat - syarat yang berkaitan dengan lembaga perumahan tempatan).
- Pastikan harga rumah lelong di bawah nilai harga pasaran.
- Pastikan bajet duit tunai anda mencukupi untuk setiap proses. Ini adalah contoh bagi rumah yang telah memenangi bidaan. Harga Rumah : RM50,000
- Bank Darf::- 10% : RM5000
- Duti Setem:- RM100
- Caj Guaman SnP :- RM2000
- Caj Guaman Loan:- RM1199
- Bill Maintainance :- RM3486
- Cukai Taksiran :- RM554

Jadi jumlahnya :- RM12,339.00 itu belum kos baiki rumah ,perjalanan, telefon sana sini, dan sebagainya.
Peringatan!!!!
Setiap yang saya senaraikan itu hendaklah dibayar dahulu bagi mengelakkan setiap proses ditahan oleh pihak - pihak yang terlibat.. Jika lewat untuk membuat bayaran rumah kita akan dilelong semula. Supaya akan tidak rasa tertindas. Sekian selamat berjaya.
Setiap yang saya senaraikan itu hendaklah dibayar dahulu bagi mengelakkan setiap proses ditahan oleh pihak - pihak yang terlibat.. Jika lewat untuk membuat bayaran rumah kita akan dilelong semula. Supaya akan tidak rasa tertindas. Sekian selamat berjaya.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan